Pages

Friday 14 October 2011

::TAK PERLU SEBAB JIKA KITA SYG SESEORANG::

selogkar2 kt satu tempat jumpa pulak cerita ni..hurrrmmm sedih juga baca..:(


Suami saya adalah serorang
jurutera, saya mencintai
sifatnya yang semulajadi
dan saya menyukai
perasaan hangat yang
muncul dihati saya ketika
bersandar dibahunya.3
tahun dalam masa
perkenalan dan 2 tahun
dalam masa pernikahan,
saya harus akui, bahawa
saya mulai merasa letih …
lelah, alasan-alasan saya
mencintainya dulu telah
berubah menjadi sesuatu
yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang
sentimental dan benar-
benar sensitif serta
berperasaan halus.
Saya merindui saat-saat
romantis seperti seorang
anak kecil yang sentiasa
mengharapkan belaian
ayah dan ibunya. Tetapi,
semua itu tidak pernah
saya perolehi. Suami saya
jauh berbeza dari yang saya
harapkan. Rasa sensitifnya
kurang. Dan
ketidakmampuannya dalam
menciptakan suasana yang
romantis dalam
perkahwinan kami telah
mematahkan semua
harapan saya terhadap
cinta yang ideal. Suatu hari,
saya beranikan diri untuk
mengatakan keputusan
saya kepadanya, bahawa
saya inginkan penceraian.
” Mengapa?” Dia bertanya
dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak
pernah cuba memberikan
cinta yang saya inginkan. ”
Dia diam dan termenung
sepanjang malam di depan
komputernya, nampak
seolah-olah sedang
mengerjakan sesuatu,
padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin
bertambah, seorang lelaki
yang tidak dapat
mengekspresikan
perasaannya, apalagi yang
boleh saya harapkan
daripadanya? Dan akhirnya
dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh
lakukan untuk mengubah
fikiran Siti ?” Saya merenung
matanya dalam-dalam dan
menjawab dengan
perlahan.
“Siti ada SATU soalan, kalau
Abang temui jawapannya di
dalam hati Siti, Siti akan
mengubah fikiran Siti;
Seandainya, Siti menyukai
sekuntum bunga cantik
yang ada di tebing gunung
dan kita berdua tahu jika
Abang memanjat gunung-
gunung itu, Abang akan
mati. Apakah yang Abang
akan lakukan untuk Siti ?”
Dia termenung dan
akhirnya berkata, “Abang
akan memberikan
jawapannya esok. ” Hati
saya terus gundah
mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak
ada di rumah, dan saya
menenui selembar kertas
dengan coretan tangannya
di bawah sebiji gelas yang
berisi susu hangat yang
bertuliskan. ..
‘Sayangku, Abang tidak
akan mengambil bunga itu
untukmu, tetapi izinkan
Abang untuk menjelaskan
alasannya. ” Kalimah
pertama itu
menghancurkan hati saya.
Namun, saya masih terus
ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik di
komputer dan selalu
mengusik program di
dalamnya dan akhirnya
menangis di depan
monitor, Abang harus
memberikan jari-jari Abang
supaya boleh membantu
Siti untuk memperbaiki
program tersebut. ”
“Siti selalu lupa membawa
kunci rumah ketika Siti
keluar, dan Abang harus
memberikan kaki Abang
supaya boleh menendang
pintu, dan membuka pintu
untuk Siti ketika pulang. ”
“Siti suka jalan-jalan di
shopping Kompleks tetapi
selalu tersasar dan ada
ketikanya sesat di tempat-
tempat baru yang Siti
kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot
kedai ke satu lot kedai
yang lain mencarimu dan
membawa Siti pulang ke
rumah. ”
“Siti selalu sengal-sengal
badan sewaktu ‘teman
baik’ Siti datang setiap
bulan, dan Abang harus
memberikan tangan Abang
untuk memicit dan
mengurut kaki Siti yang
sengal itu. ”
“Siti lebih suka duduk di
rumah, dan Abang selalu
risau Siti akan menjadi
‘ pelik’. Dan Abang harus
membelikan sesuatu yang
dapat menghiburkan Siti di
rumah atau meminjamkan
lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal
kelakar yang Abang alami. ”
“Siti selalu menatap
komputer, membaca buku
dan itu tidak baik untuk
kesihatan mata Siti, Abang
harus menjaga mata Abang
agar ketika kita tua nanti,
abang dapat menolong
mengguntingkan kukumu
dan memandikanmu. “
“Tangan Abang akan
memegang tangan Siti,
membimbing menelusuri
pantai, menikmati matahari
pagi dan pasir yang indah.
Menceritakan warna-warna
bunga yang bersinar dan
indah seperti cantiknya
wajahmu. ”
“Tetapi sayangku, Abang
tidak akan mengambil
bunga itu untuk mati.
Kerana, Abang tidak
sanggup melihat air
matamu mengalir
menangisi kematian
Abang.”
“Sayangku, Abang tahu,
ada ramai orang yang boleh
mencintaimu lebih daripada
Abang mencintai Siti. ”
“Untuk itu sayang, jika
semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki, mata
Abang tidak cukup bagi Siti.
Abang tidak akan menahan
diri Siti mencari tangan,
kaki dan mata lain yang
dapat membahagiakan
Siti. ”
Airmata saya jatuh ke atas
tulisannya dan
membuatkan tintanya
menjadi kabur, tetapi saya
tetap berusaha untuk terus
membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah
selesai membaca jawapan
Abang. Jika Siti puas hati
dengan semua jawapan ini,
dan tetap inginkan Abang
tinggal di rumah ini, tolong
bukakan pintu rumah kita,
Abang sekarang sedang
berdiri di luar sana
menunggu jawapan Siti.”
“Tetapi, jika Siti tidak puas
hati, sayangku…biarkan
Abang masuk untuk
mengemaskan barang-
barang Abang, dan Abang
tidak akan menyulitkan
hidupmu. Percayalah,
bahagia Abang bila Siti
bahagia.”
Saya terpegun. Segera mata
memandang pintu yang
terkatup rapat. Lalu saya
segera berlari membukakan
pintu dan melihatnya
berdiri di depan pintu
dengan wajah gusar sambil
tangannya memegang susu
dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak
ada orang yang pernah
mencintai saya lebih dari
dia mencintai saya. Itulah
cinta, di saat kita merasa
cinta itu telah beransur-
ansur hilang dari hati kita
kerana kita merasa dia
tidak dapat memberikan
cinta dalam ‘kewujudan’
yang kita inginkan, maka
cinta itu telah hadir dalam
‘ kewujudan’ yang tidak
pernah kita bayangkan
sebelum ini. cuba kita
ambil ikhtibar dari cerita
ini.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.