Pages

Monday 17 October 2011

::USAH PUTUS HARAPAN::


Ingat lah wahai wanita..jgn kita tangisi pemergian sesorang lelaki
yg x tahu menghargai wanita..sebaik nya kita terus berdoa di temukan dgn seorang lelaki 
yg dpt membimbing kita ke arah kebaikan dan kejalan kebenaran..


Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat.


Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu
dan mengambilmu suatu ha...ri nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga...

2 comments:

  1. Pendek kata, sementara menanti, berusahalah memperbaiki diri kita sendiri ni . Banyak nak kena baiki sebelum kita boleh dapat yang terbaik untuk kita.

    Jangan terlalu sedih fikir pasal hal-hal jodoh dan perasaan ni. Saya fahm perasaan awak, sebab saya pun ada someone d hati, tapi one sided ajelah. :) dah setahun dia kat hati saya.. cehhh~! saya akan tunggu selagi ada perasaan ni sebab saya gembira dengan rasa hati ni .

    Apa-apa pun, kita sama2 dekatkan diri dengan Allah dengan sebetul-betulnya. =)

    Bila kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita.

    ReplyDelete
  2. ye 2 yg sedang sy lakukan..masih bole bertahan dan cuba sedaya upaya mencintai ALLAH melebihi rasa syg sy terhadap org lain..:)

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.