Pages

Monday 31 October 2011

::AKU MAAF KAN KAMU..:)::

Pap pap eh2 bertepuk sebelah tangan cm na nk bunyi..hikhikhik
2 yg di ajar oleh mak sy..ngeh3...x kn terjadi penyatuan 2 hati
jika hanya sorang jew yg bertepuka kan..hukhukhuk
aipppp apa dok merepek pg2 ni..tp 2 lar hakikat nya..
hehehehe....sbb 2 sy x nk lg bertepuk2 nanti berbunyi..hahahaha


okeis serius ni untuk someone yg sy x bole bg tw sapa dy..
cuma ayat ni sangat2 sesuai untuk dy..

  aku maafkan kamu,
     tak perlu kita bertemu,
     cukup kau tahu
    yang aku, 
    maafkan kamu,
        tolong teruskan hidup,
       jangan sebut namaku!

SEKIAN TERIMA KASIH..:))


Saturday 29 October 2011

:;CORETAN KEBOSANAN::

Arrrghhhh dah pukul 1.05 Am..mata owh mata np x nk tido lg ni..
hurmm sbnarnya x da apa story pown nk tlis..tp di sebabkan mata ni 
x ngantok lg...merapu p lar kt cny..hehehehe..
hrummm sbnar nya wajah kita mampu menutup segala
duka di hati..itu juga yg sy cuba laku kan..sbr la wahai hati..sekali pown kamu xpernah 
rasa bahagia sejak dua menjak ni..
sekurang2 nya kalo bole tersenyum melihat org2 yg kamu syg hepi..
ye lar..kdg2 cuba hepi kan org lain..cuba dgr keluhan org..
itu sy lakukan dgn kerelaan..biar pown hati sy x rasa hepi..
sy senag lihat org lain hepi..lg2 org yg dkt ngan sy...2 tanda nya..
sy syg org 2..dan nk dy sentiasa hepi...hurmmmm
nk cite apa lg yea..huhuhu cm dh x da idea jew..
skrg ni sy sdg menanti seseorg yg x pasti..sbb dy hanya sahabat sy..
menanti untuk menghulurkan kasih yg ikhlas..
jika ALLAH izinkan nya..
tp 2 x mungkin terjadi..huhuhu sbb nya..bnyk halangan dan bnyk bnda perlu di korbankan..
ermmm biar lar dy idup dgn khdupan dy..sy akan 
hepi bla dy hepi..sbb sy hnya suka dia dlm diam..huhuhuhu..
arghhh merapu dh ni..oke lah kena tido dh...gud nite..muakssss..:)

Thursday 27 October 2011

::RINDU::

12.30 Am..mata masih belum mengantok...ari ni 28.10..sbnarnya ada sesuatu yg berlegar
dalam kepala ni..hurmmm peristiwa yg x mungkin dgn mudah nya untuk di lupakan..
hukhukhuk..sedih3..:(..
biar lar sy jew tahu apa bnda 2..
sy masih segar ingat peristiwa 2..
aishhhhh np plak ni???mata owh mata..jgn x tido dh lar...
sbnrnya x tahu nk tulis apa ni...huhuhu..terlalu emosi sekarang ni...
skrg ni terasa sangt2 rindu kan org2 yg pernah together2
walaupown dlm keadaan apa sekali pown..rindu gn 
kwn2 sy...sbb rindu sy x layak lg untuk org lain..hanya org2 yg syg sy jew..
sy rindu..huhuhu..
oke lah..di saat ni..sy dh x mampu nk menulis lg..hanya 
dlm fikiran sy..sy sangt2 rindukan tarikh ni untuk 3 tahun yg lepas..
oke..selamat malam..:(

::MENCINTAI DAN DI CINTAI::

Mencintai dan di cintai sangat berbeza situasi nya..hurmmm di cintai lebih indah dari
kita mencintai seseorang..knp???sbb nya..kehadiran kita..sangt 
di senangi..walaupown kdg2 kita ada menyakitkan hati
insan yg menyintai nya..
hurmmm walupown kita langsung x sedar apa yg dia dh buat kat kita..kira
cm x pernah nk hargai dia lar..dia still bole senyum lg...still cari kita juga..
padahal dh bnyk sangt hati dia kita lukai...
dia still akan akan ada setiap saat kita dalam suka mahu pown duka..
walaupown berkali2 kita nafikan yg kita suka dy..
dia ttp juga ada..dan terus ada untuk kita...
untung nya...org yg dicintai...:)
tp kdg2..org yg dicintai xpernah pown nk hargai
sedikit pengorbanan kita..walhal kalo di hitung..di kira..terlalu bnyk..
sampai kdg2 mengalir air mata sendiri mengenang kan 
pergobanan yg dilakukan...sedikit pown x pernah  meminta
balasan..cukup lah lah dihargai...


ermmm mencintai seseorang tanpa kita memikirkan siapa dia
sebelum ni..siapa dia sekarang..hanya keikhlasan yg
mampu di berikan...
tp apakan daya mungkin keikhlasan kita mencintai
org terlalu murah nilai nya...2 sbb
dgn mudah kita di buang kowt....
tp percaya lah..lebih baik kita dicintai..kita di sayangi..itu lebih mulia..
seandainya kita menyedari kita di sayangi oleh orang..hulurkan
kasih seperti mana kita di sayangi..itu lebih mulia...
sbb nya..kita akn merasa kasih kita terlalu mahal untuk 
di perkotak katikan..
dan kita sendiri akan dpt rasai kasih syg yg sebenarnya..
itukan satu keadilan..bkn hanya kita sorg yg memberi..tanpa kasih kita di balas..sangt2 lar 
sakit..~

Wednesday 19 October 2011

::HURMMM::



KALAU ADA YG BERTANYA BILA NAK KAWEN..JAWAB JEW CM NI..:)



Skema jawapan kpd soalan cepucemas (bila nak kawen?)

Kenapa Lambat?
✔ Kerna Allah tahu masa yg tbaik utk ku.

Dah Berpunya?
✔ Ya. Kerna setiap org tlh ditetapkan jodoh masing2.

Siapa?
✔ Nanti Allah akan perkenalkan kpd ku.

Bila?
✔ Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti.

P/S: Jgnlah selalu btanya bila org tu nak kawen. Krn semua RAHSIA itu, tletak DI TANGAN ALLAH. Sampai masa Allah akan membongkarkannya. InsyaAllah. 



Ya Allah . .
Kau yang Maha tahu segalanya . .
bila kehadiranku menganggu hatinya,
tidak membawa kebaikan padanya,
maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka. .
bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya. .
maka kau jauhkanlah aku darinya. .
bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa. .
bila aku bukan yang terbaik . .
bila aku bukan yang tercatat dalam takdir . .
dan bila dia berhak kepada yang lebih baik. .
maka jarakkan kami . . pisahkan kami
Usah menangisi perpisahan. .
kelak Dia akan gantikan . .
dengan seseorang yang telah tercatat . .
dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu . .

Tuesday 18 October 2011

:(

Dam dum dam...YA ALLAH bertimpa2 ujian MU terhadap ku...
ini menunjuk kan aku di sayangi MU..namun terkadang sukar juga 
nk terima..sepanjang perjalanan tahun 2011 ni..terlalu perit,sakit,pedih semua yang aku rasa..
hurmmm sesungguhnya..kelemahan ku engkau tahu..dan ujian MU ni sebenarnya aku mampu 
atasi cuma aku perlukan pertolongan MU YA ALLAH...hadirkan lah
kekuatan untuk hamba MU ini..kekuatan untuk menempuhi segala ujian yg engkau berikan..sesungguhnya 
aku tahu engkau x tak menguji aku melebihi kemampuan untuk ku mengatasi nya...

Semalam aku berusaha memdapatkan ketenangan MU YA ALLAH..
sesungguhnya ketenangan yg di cari belum ku temui..ini bkn masalah hati,perasaan,cinta,or wht ever..ni 
lebih menyerabutkan kepala berbanding masalah cinta yg aku sendiri x tahu punca nya..
ermmm itu dh x menjadi mslh lg sbb hati ku pown dh cuba lupakan segalanya...
sesungguh nya..aku sangt2 memerlukan petunjuk mu YA ALLAH..aku mencari redha MU..
dekatkan lah diri ku dgn MU..sesungguhnya..aku sering alpa dgn diri MU...
Ampuni ku YA ALLAH....
:((((((

Monday 17 October 2011

::USAH PUTUS HARAPAN::


Ingat lah wahai wanita..jgn kita tangisi pemergian sesorang lelaki
yg x tahu menghargai wanita..sebaik nya kita terus berdoa di temukan dgn seorang lelaki 
yg dpt membimbing kita ke arah kebaikan dan kejalan kebenaran..


Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat.


Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu
dan mengambilmu suatu ha...ri nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga...

::CUKUP LAH SEKADAR MENCINTAI DALAM DIAM..::

Tadi terjumpa 1 artikal dalam fb..saja2 copy wt simpanan..kalo rajin..baca lar..sekadar perkongsian..

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan berita
hu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Sunday 16 October 2011

::BELAJAR LAH MEMAAFKAN ORANG SEPERTI MANA KITA INGIN DI MAAFKAN..ADILKAN??::::)

Terjumpa artikal ni..hurmmm btol apa yg di tulis...kenangan mmg sukar kita nk hapuskan..
tp biarlah ia segar dlm ingtan kita selagi ia x mengganggu perjalanan kehidupan kita..
hurmm kalo rajin ce baca..kita akn berfikir sejenak..


Naper ko still syg dia, walau dia dh tinggal ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia dh buang ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia dh hancurkan ht ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia dh pijak cinta ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia runtuhkan mahligai ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia pergi tanpa belas ??
Naper ko still syg dia , walau ko menangis dia pandang ko penuh benci ??
Naper ko still syg dia , walau dia tak pernah pikir susah ko ??
NAPER?NAPER?Naper ko still sayang dia ??? !!~
SEBAB ......
bila dia tinggal aku ... aku sedar kelemahan diri aku
punca dia pergi ...

bila dia buang aku .. aku makin dekat dengan Tuhan ,
dan aku tahu ujian ini utk aku baiki diri .. bukan merosakkan diri aku dgn kebencian

bila dia hancurkan hati aku .. aku teringat betapa byk hati dia aku hancurkan ,
tanpa aku sedari ..

Bila dia pijak cinta aku .. aku tahu cinta tuh dh lamer x berkembang tak d baja ..
atas kelalaian dan kealpaan aku ..
bila d pijak baru aku tercungap untuk bernafas ,
dan cuba bangun dan kembang semula

Bila dia runtuhkan mahligai aku .. saat tuh , ia hanya mahligai kaca .. yg pudar sinarnya
hanya tiang cinta yg mmbuat ia terus berdiri ..

Bila dia pergi tanpa belas ...
Aku kenal dia , aku tahu dia berperang dengan diri ...
mencari kekuatan untuk berlalu

Bila dia pandang aku penuh benci ... itu kerana dia sayang aku , walau dia cuba nafikan

Bila dia tak pernah pikir susah aku .. sebenarnya dia tak pernah berhenti memikirkan aku ..

dan kerana itu ,
aku still sayang dia ..
dan mengharapkan peluang dari Tuhan untuk perbaiki segalanya .. !!~
dan aku berjanji ,
walau sesaat aku takkan sia kan ...

endless love



Ello there all d darlinggss ............. !!~
tgh2 malam saat semua dh beradu suratan nih ,
me tiba2 gian nak menulis
almklum lah , cuti dh lamer ... rayer kata nya kan , ahaks !~

so , ader sape2 yg penah di tinggalkan ????
jeng
jeng
jeng
jeng
soklan cepumas cket
jawab dlm hati sudahh ... kalo malu , he2

stended procedure la ..
biler kena tinggal ..
dia curang ..
ade org lain ..
kita akan sedeyyy sesangat100X ....
nangess berkilo2
semangat hilang
jiwa mati
xder mood
hati tak menentuu
pikiran sasau ..
antara simptom2 la .................he2

then ,
terbitlah rase mencikkk
marah.
geram.
dendam.
macam2 rase la kans ...
dia tinggal kita ,
mmg dia sgt2 la bersalah kan.
mcm org yg dia pilih tuh sgt2 cantik
sgt2 baik.
itu ini itu ini.
kita penuhkan diri dgn rs kebencian yg meluap2 ..
rasa marah yg membakar2

sebab ???
kita nak ubati hati kita kan ..
konon2 kalo wat mcm tuh ,
kita akan cepat lupa kan dia
kita paksa diri tuk benci dia
kita dok kata kat semua orang,
aku mencikkkkkkkkkk dia ..............!!!!~

tp,
bila dok sorang .
bila malam.
mula la ............... SOB SOB SOB .
nangesss ,
nangesss ...
nangess ..
sbb , kita tertanya2 ,
" naper u buat i mcm nih "
dan
sebab
rindu dia ..........................

TAPI ,
ahaaaaaaaaaaa !!~ ... ahaks
ader tak , kita pikir ..
naper dia pergi ?
adakah semua salah dia ?
some yess ,
dh dpt yg baik , tip top , mantap ... still pergi pd org lain.
tp , ade gak certain cases,
kalo kita renung diri .... renung dalam2
muhasabah diri .
renungkan segala2 nya ..
jgn terkejut ,
kalo kita d temukan dengan salah kita ..
kelemahan kita .
then ..
hepp heppp .... jgn salahkan diri
tp, perbetulkan kesilapan
be a better person .
thank to God
atas ujian. dugaan ini .
kita makin mengenal diri .
ingat.
setiap yang berlaku ade hikmahnya.

d hardest part.
buang rasa benci. marah.sakit hati.dendam kesumat. segalanya
buang perasaan
bila ingat dia , hati membara dengan amarah.
kerna ingat.
in order to be a better person.
in order to live ur life happily .
kita kena penuhkan diri dengan rasa CINTA. SAYANG.
pada semua
pada sekeliling.
learn to memaafkan.
seperti mane kita ingin di maafkan .. kita mesti memaafkan.
learn to smile .
learn to dance in the rain.
then,
kita akan nampak what a wonderful world we have............... !!~

" been there. done that. belip me "

Saturday 15 October 2011

::SWEET NYE::


TERJUMPA CITE NI..SWEET SANGT..SO NK KONGSI SAMA2..HIHIHIHI..:)


Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!! 

::SEDIH..:(::

~SEDIH WEHH..HUHUHUHU DULU PERNAH SAYA RASA SEMUA NI..
TP ALHAMDULILLAH SEKARANG DA KEMBALI NORMAL..:)~

- saya tak pernah benci awak!!!
- cuba tanya hati awak, awak sayang saya lagi tak..
- kalau saya tunggu awak, awak akan balik pada saya tak??
- sampai bila awak nak saya tunggu awak??kalau awak gtau brape lama, saya akan tunggu awak..
- awak..boleh saya mintak balik 2 thn saya tak??
- kenapa bila saya tanya awak sayang saya lagi tak, awak diam je??
- saya tau yang awak tau saya sayang awak..
- awak ingat saya lagi tak??atau awak sedang cuba lupa saya, atau awak memang dah lupa saya???
- awak pernah cakap yang saya bukan makwe awak, tapi future wife awak..
- awak, at least 5kali 1 hari saya ingat awak-masa saya ambik air smbhyang..sebab masa tu je saya perasan yang cincin yang awak kasi dah xde..
- awak, knape luka kat hati saya x blh sapu minyak gamat??
kalau boleh, saya nak luka tu sembuh cepat...sakit la wak..
- awak, saya tau hati saya luka teruk even saya tak pernah tengok hati saya..
- saya suka mata awak masa awak pandang saya..
saya suka senyum awak masa awak senyum pada saya,
dan saya suka gelak awak masa awak gelak kerana saya..
- kadang2 saya rasa hanfon saya vibrate walaupun sebenarnya tak..saya rasa macam awak sms saya..
- saya sayang awak sebab kelemahan awak..sebab tu saya tak boleh lupa awak..
- awak..maaf sebab saya masih sayang awak..
- saya tak pernah menyesal sayang awak dan saya tak akan lupa awak..
- saya sayang awak even awak dah tak sayang saya..
saya masih sayang awak even antara kita dah tak ada apa2..
- awak..saya minta maaf sebab pernah hadir dalam hidup awak..

::WINK3 STORY MORY LAGI...HIKHIKHIK::

Wehhhh...dah seminggu lebih lost conct ngan my bestfriend..hihihi alhamdulillah..semua nya
berjalan dgn lancar..walaupown lost cnct still sy bole anggap dy kwn baik..why???sbb sy yg larikan diri
hihihihi..ada la alasan tertentu..wink2..jgn dy slh faham dh..x kan nk ckp..wei aku suka ang la..hahhaha
gila la cm 2..bek sy larikan diri..tp kalo dy terbaca blog ni...mintak maaf na..kami suka cara ampa..
tp kami juga suka kwn ngan ampa..so dlm erti kata lain..baik kita bersahabat dari kami yg 
menimbulkan mslh dlm persahabatan kita..
wahhh sekrang dh balik negeri asal..da lupa kami ka bha..hihihi..
jgn riso kalo ampa ingt kami...
cari jak kami...kami x lupa ampa la..
kita still kwn walau apa pown jd...sbb kami dh lama kenal ampa..
kami knl ampa pown melebihi kami kenal TUUUTT!!!..
huhuhu...
oke bila mau dtg kdh lg conct kami na.....
ampa kan baik ngan kami..selalu ada time kami susah...
time kami perlukan teman..ampa akan ada untuk mendengar segala luahan
perasaan yg x sepatutnya kami luah kat ampa..hikhikhik..
okies..dok sana jgn lupa org sini..wahhh nanti suda baca blog kami jgn marah yea
kami saje2 cite pasal ampa..btw miss u lor..heheheh..
ingt nk letak pic ampa..tp x jd lar..nanti jd kontrovosi plak..susah bha..:)))..

Friday 14 October 2011

::TAK PERLU SEBAB JIKA KITA SYG SESEORANG::

selogkar2 kt satu tempat jumpa pulak cerita ni..hurrrmmm sedih juga baca..:(


Suami saya adalah serorang
jurutera, saya mencintai
sifatnya yang semulajadi
dan saya menyukai
perasaan hangat yang
muncul dihati saya ketika
bersandar dibahunya.3
tahun dalam masa
perkenalan dan 2 tahun
dalam masa pernikahan,
saya harus akui, bahawa
saya mulai merasa letih …
lelah, alasan-alasan saya
mencintainya dulu telah
berubah menjadi sesuatu
yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang
sentimental dan benar-
benar sensitif serta
berperasaan halus.
Saya merindui saat-saat
romantis seperti seorang
anak kecil yang sentiasa
mengharapkan belaian
ayah dan ibunya. Tetapi,
semua itu tidak pernah
saya perolehi. Suami saya
jauh berbeza dari yang saya
harapkan. Rasa sensitifnya
kurang. Dan
ketidakmampuannya dalam
menciptakan suasana yang
romantis dalam
perkahwinan kami telah
mematahkan semua
harapan saya terhadap
cinta yang ideal. Suatu hari,
saya beranikan diri untuk
mengatakan keputusan
saya kepadanya, bahawa
saya inginkan penceraian.
” Mengapa?” Dia bertanya
dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak
pernah cuba memberikan
cinta yang saya inginkan. ”
Dia diam dan termenung
sepanjang malam di depan
komputernya, nampak
seolah-olah sedang
mengerjakan sesuatu,
padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin
bertambah, seorang lelaki
yang tidak dapat
mengekspresikan
perasaannya, apalagi yang
boleh saya harapkan
daripadanya? Dan akhirnya
dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh
lakukan untuk mengubah
fikiran Siti ?” Saya merenung
matanya dalam-dalam dan
menjawab dengan
perlahan.
“Siti ada SATU soalan, kalau
Abang temui jawapannya di
dalam hati Siti, Siti akan
mengubah fikiran Siti;
Seandainya, Siti menyukai
sekuntum bunga cantik
yang ada di tebing gunung
dan kita berdua tahu jika
Abang memanjat gunung-
gunung itu, Abang akan
mati. Apakah yang Abang
akan lakukan untuk Siti ?”
Dia termenung dan
akhirnya berkata, “Abang
akan memberikan
jawapannya esok. ” Hati
saya terus gundah
mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak
ada di rumah, dan saya
menenui selembar kertas
dengan coretan tangannya
di bawah sebiji gelas yang
berisi susu hangat yang
bertuliskan. ..
‘Sayangku, Abang tidak
akan mengambil bunga itu
untukmu, tetapi izinkan
Abang untuk menjelaskan
alasannya. ” Kalimah
pertama itu
menghancurkan hati saya.
Namun, saya masih terus
ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik di
komputer dan selalu
mengusik program di
dalamnya dan akhirnya
menangis di depan
monitor, Abang harus
memberikan jari-jari Abang
supaya boleh membantu
Siti untuk memperbaiki
program tersebut. ”
“Siti selalu lupa membawa
kunci rumah ketika Siti
keluar, dan Abang harus
memberikan kaki Abang
supaya boleh menendang
pintu, dan membuka pintu
untuk Siti ketika pulang. ”
“Siti suka jalan-jalan di
shopping Kompleks tetapi
selalu tersasar dan ada
ketikanya sesat di tempat-
tempat baru yang Siti
kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot
kedai ke satu lot kedai
yang lain mencarimu dan
membawa Siti pulang ke
rumah. ”
“Siti selalu sengal-sengal
badan sewaktu ‘teman
baik’ Siti datang setiap
bulan, dan Abang harus
memberikan tangan Abang
untuk memicit dan
mengurut kaki Siti yang
sengal itu. ”
“Siti lebih suka duduk di
rumah, dan Abang selalu
risau Siti akan menjadi
‘ pelik’. Dan Abang harus
membelikan sesuatu yang
dapat menghiburkan Siti di
rumah atau meminjamkan
lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal
kelakar yang Abang alami. ”
“Siti selalu menatap
komputer, membaca buku
dan itu tidak baik untuk
kesihatan mata Siti, Abang
harus menjaga mata Abang
agar ketika kita tua nanti,
abang dapat menolong
mengguntingkan kukumu
dan memandikanmu. “
“Tangan Abang akan
memegang tangan Siti,
membimbing menelusuri
pantai, menikmati matahari
pagi dan pasir yang indah.
Menceritakan warna-warna
bunga yang bersinar dan
indah seperti cantiknya
wajahmu. ”
“Tetapi sayangku, Abang
tidak akan mengambil
bunga itu untuk mati.
Kerana, Abang tidak
sanggup melihat air
matamu mengalir
menangisi kematian
Abang.”
“Sayangku, Abang tahu,
ada ramai orang yang boleh
mencintaimu lebih daripada
Abang mencintai Siti. ”
“Untuk itu sayang, jika
semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki, mata
Abang tidak cukup bagi Siti.
Abang tidak akan menahan
diri Siti mencari tangan,
kaki dan mata lain yang
dapat membahagiakan
Siti. ”
Airmata saya jatuh ke atas
tulisannya dan
membuatkan tintanya
menjadi kabur, tetapi saya
tetap berusaha untuk terus
membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah
selesai membaca jawapan
Abang. Jika Siti puas hati
dengan semua jawapan ini,
dan tetap inginkan Abang
tinggal di rumah ini, tolong
bukakan pintu rumah kita,
Abang sekarang sedang
berdiri di luar sana
menunggu jawapan Siti.”
“Tetapi, jika Siti tidak puas
hati, sayangku…biarkan
Abang masuk untuk
mengemaskan barang-
barang Abang, dan Abang
tidak akan menyulitkan
hidupmu. Percayalah,
bahagia Abang bila Siti
bahagia.”
Saya terpegun. Segera mata
memandang pintu yang
terkatup rapat. Lalu saya
segera berlari membukakan
pintu dan melihatnya
berdiri di depan pintu
dengan wajah gusar sambil
tangannya memegang susu
dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak
ada orang yang pernah
mencintai saya lebih dari
dia mencintai saya. Itulah
cinta, di saat kita merasa
cinta itu telah beransur-
ansur hilang dari hati kita
kerana kita merasa dia
tidak dapat memberikan
cinta dalam ‘kewujudan’
yang kita inginkan, maka
cinta itu telah hadir dalam
‘ kewujudan’ yang tidak
pernah kita bayangkan
sebelum ini. cuba kita
ambil ikhtibar dari cerita
ini.

::SYUKUR DI LAHIRKAN SEBAGAI SEORANG WANITA::

Kadang2 duduk sorang2 terfikir juga untung nya dilahirkan sebagai seorang lelaki..
lelaki akan menjadi ketua keluarga dah berhak menjadi pemimpin..
tp x semua lelaki mempunyai ciri2 seorang pemimpin sebenar..
dalam berfikir..tiba2 terjumpa satu artikal ni..ni share juga dgn kaum
wanita semua..kita juga sangat beruntung dilahirkan sebagai seorang WANITA..
jum sama2 baca..dan kita juga akn merasa bangga di lahirkan sebagai seorang WANITA..:))

siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
komfem x tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jek
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati ni Allah jadikan lembut betul
cepat jek sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah x adil
kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?
disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang
betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?
kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya
orang akan cakap
'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
kita x pernah dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?
masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah dekat kita
betapa cintanya Allah dekat kita
tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?



ALLHAMDULILLAH....



Thursday 13 October 2011

~DUN STORY ABOUT SAD AGAIN..HIKHIKHIK (^__^)

assalamualaikum...
jEng2...kita jgn story mory pasal cite sedih lg...hurmmm sakit hati ooo..
hihihihi so skrg nk cita pasal kwn2 sy..dh lama x jumpa..semua dh ada haluan masing2..
walaupown dh lama x jumpa still conct lg..sbb sy ni 
syg semua kwn2 sy..hehehe..
hurmm bermula perkenalan kami ni kt LANGKAWI..sbb s2dy sama2..dari sem1 sampai sem4
still bkawan baik lg...walaupown kdg2 2 ada gk la gaduh2
cket2..biasa la sedangkan lidah lg tergigit inikan pula hidup berkawan..cewahhhh
cm cita org da kawen jew..hikhikhik..
hurmmm ingt lg sem 3 kami wt praktikal kt RUMBIA RESORT VILLA PAKA TERENGGANU..
first g sana 2mmg x tahu langsung tempat kt mn..kami g juga...men redah jew...
yg kami tw dungun jew...nk dijadikan cerita mlm 2 tepat kol 11 mlm
bas gerak la dari alor setar ke dungun tgganu....sampai kt sana pg lar..huhhhhh tercangak2 gk lar
nk tuju mn..hehehe kan x biasa dgn bahasa depa kurang faham..tp kami cari gk la teksi..suh anta kew resort 2..hurmmm jauh nya dari dungun..:(..cm perdalaman jew...
oke sampai jew sana kami g reseption lar...bg surat ckp km dari langkawi...
so ada org bawa g kt tmpat kami nk tggl 2..wahh besar nya umh..banglo kowt..dok dlm kawasan
resort 2...dok sana mcm2 bnda jadi..suka duka..kalo nk diceritakan x larat la nk taip..hikhikhik
tp syukur lar dapat kwn2 cm ni..jauh dari famili hanya kwn2 jew tmpat mengadu nasib..6 bulan 
x balik umh..al maklum lar jauh..huhuhu kami dok sana pown x sempat jln mana....

:::OKE NI LAR KAWAN2 SY MASA KT LANGKAWI..::


Ni SITI NOOR MASTURA..Ni la adik kami semua..hikhikhik
dy ni sangat2 baik..dy akan mendahulukan kepentingan orang lain
berbanding kepentingan nya..dia ni pemalu cket..hihihi kalo ada orang usik dy..kami la tempat dy ngadu..lecture pown rajin usik dy..hahahha muka dia akn bertambah2 chumil kalo kena usik..dia la teman merangkap adik paling baik..kami syg ampa sangt2 walaupown kita knl x lama mn..muakkkkssss.



Ni NOR WAHIDA..ni best friend kami..hikhikhik..kami 1 klas laa..p klas sama2..p mkn sama2..sbb kami 2 org jew satu kls..mas,anis ngan zura klas lain..wahida ni pendiam cket..tp kalo dgn kami dy oke jew..bole bgelak..bole becerita apa jew..wahida org langkawi..kalo kt sn bnyk la kami mintak tolong dy..kan dy org sana bnyk bnda la dy tw..hehehe kalo ingt2 bnyk bnda yg kami lalui kt sn..bnda lawak time blik makn kena kejar ngan anjing..hahaha lari lintang pukang..dh la time magrib..hehehehe..kami senang kawan ngan ampa..pape pown thanks sbb sudi jd kwn kami..cewahhhh..hihihi..kami syg ampa tw..x kn ada kwn yg mcm ampa..muakkkssssssssssss..:P



chumil kan??Ni AZURA..ni lar member sebilik kami..dari sem 1 sampai sem 4..zura ni mmg baik..dy ni peramah..kira dy ni mmg pandai bw diri..kalo g mn pown bole idop lar..hikhikhik..jgn pandang org kecil jew..kecik2 cili padi ni..hehehe kira kami ni dh sebilik kan..mcm2 mslh suka duka kami kongsi..zura ni da tunag sekarang..cuma x tw bila nk kawen lg..sbb skrg dy x abeh s2dy lg..dy amek kos nurse plak..hehehe x mcm kami ni..mls dh nk blajaq....kami suka kwn ngan ampa..ampa baik sngt..hehehe semua bole masuk kepala...kami syg ampa sngt2..hihihihi..muaakkkkssss..:)




Ha ni si cantik manis ni nama dia YUHANIS..hihihi kalo dok ngan dy mesti suka begelak..sbb dy ni suka gelak..hehehe jgn mara yea anis..dy ni pown baik..cantik lg..wah sume kwn sy baik2 belaka la..al maklum la mereka2 ni jew bestfriend sy yg setia pown time kt langkawi.....hurmmmm kami suka gk kwn ngan ampa..suka gelak2..suka wt lwk..hahahah 2 yg syok 2..hikhikhik...kami syg ampa gk...muakssss:))





NIE LAR BEST FRIEND SY KT LANGKAWI..^__^

''Maaf kami curi pic ampa x mintak izin..sbb nk wt story mory pasal kita2..hihihi maaf na..luv ampa semua"
muakkkssss!!



                                                                                                                                                

Saturday 8 October 2011

:::APA DAH JADI NI..ERMMMM:::

Assalamualaikum..
untuk kali ini jari2 ni terasa nk menulis sesuatu...apakah???
tentang rasa syg yg mula berputik..tp aku mohon sngt2 biar rasa 2 pergi...
aku dh x berani nk luahkan..hurmmm mungkin rasa syg 2 x sepatutu nya wujud..
sbb ia nya datang untuk orang yang salah...
why?????sebab dy yg dimaksudkan 2 x da pown rasa syg untuk aku..heheheh
kdg2 nk gelak pown ada...np perlu rasa 2 ada sedangkan ia datang untuk orang yang salah..
hurmmm ntah la..sbb 2 aku x suka orang terlalu baik dgn aku...
ni la jd nya..terlalu take care sangt..sedangkan dy pown dh jd milik org kowt..
2 x pasti lah..sbb nk tnya pown tkt...lg pown mungkin rasa syg ni hadir
sesuai sebagai seorang teman....itu la sbb aku x nk baik ngan mana2 insan begelar lelaki 
wt masa sekarg..bkn menolak takdir..cuma masih terasa trauma...
haaaaaa ni perasaan ni dtg blik..argggggggggggghhhhhh perlu cepat2 buang dan akan 
sedaya upaya jauh kan diri secara perlahan2...
ermmmmm mmg bole bkawan..tp ni slh aku gk..mudah sangt timbul rasa syg 2..
dh 2 untuk org yg slh plak...aduhhhh jiwa jadi kacau lar ni...
nk cemburu plak???grrrrrrrrr!!! gila2 dh syg timbul plak rasa cemburu..ermmm 2 sbb aku x suka nagn perasaan ni...biar la cpt2 ia berlalu..."EKIN ingt dia bkn ditakdirkan untuk awk"..so mulai
sekarng aku akn cuba jauh kan diri..cuba mengelak dan cuba untuk buang
perasaan ni..hurmmmm supaya x kan ati lg rasa kecewa singgah di hati ni..:)))
jgn pernah mencari dia lg..kalo pown dy cari jgn terlalu rapat..cuba juga untuk jarak kan 
hubungan ni..biarpown sebagai seorang teman..sbb aku yg timbulkan masalah..aku yg dh jth syg 
aku gk yg x pandai nk hargai persahabatan..
grrrrrrrrrrrr cm na ley timbul rasa ni...huhuhuhu sabar2 cuba hadapi dgn tenang..
jauhi diri dari nya..supaya dpt buang jauh2 rasa 2..INSYAALLAH... 

Friday 7 October 2011

serabut..................

8-10-2011 jam 1.30 am still x bole tido lg..rasa sedih,sebak,semua ada..
x yw np bole rasa lg semua ni...bkn sbb dy lg sy jd cm ni..
cuma nath lah..aor mata x tertahan lg..kdg2 ada gk tya pada hati..
np lar murah sangt nilai air mata ni..hurmmm ya allah sampai bila sy harus menunggu 
rasa bahagia tu dtg..bkn mengeluh dgn ujian nya..
cuma kdg2 dh rasa cm x mampu nk hadapi semua ni lg..
mmg ALLAH x kn uji hambanya melebihi kemampuan hambanya
cuma hati ni x pernah lupa bertanya...YA ALLAH mudah kan lah segala urusan ku..

Monday 3 October 2011

::BIAR MASA YANG MENENTUKAN::

Rasa cm nk sangat luahkan sesuatu..ermmm kt cny lebih selamat kowt...btw sbnarnya ati ni
cm da rasa smthing jew kt seseorang..sbb 2 sy x suka orang terlalu baik dgn sy..
bkn apa cuma x nk rasa lg bnda yg da berulang..
biar setahun dua berlalu baru bole fikirkan semula..
namun takdir allah sapa berani melawan..
tp biarlah kita menyukai seseorang dalam diam ..
itu lebih baik dari kita akn terus merasa kecewa setelah segala pengorbanan kita lalukan..
kemudian kita akn di tinggalkan..
ermmm terlalu perit..pedih..dan kecewa..
huhhhhhhhhh rasa sygs 2 datang kembali..tp mungkin terlalu awl sangt..
YA ALLAH jauh kan lah rasa itu buat sementara watu ini..
kerana hati sy belum bersedia untuk mengakui rasa sayang itu..